Assalamua'laikum warahmatullahi wa barakatuh.
|
Buat baik dan kebaikan akan datang kepada kamu :-* |
Ehem ehem *testing*
Dah setahun lamanya aku tak mengupdate blog, usha blog comel comel, follow blog orang and dah lama sangat aku tak meghias blog ni bagi cantik lawa gituh. Oh rinduuuu serinduu rindunyaaaa.
Okay back to the topic, untuk entri kali ni aku nak sharing apa yang aku baca dekat blog APG yg very ohsem tuu. Entri terbaru inche gabbana kali ni tentang "Faith in humanity". Kalau nak ikutkan ramai jaa yang berperikemanusiaan kat luar sana tu tapi disebabkan kejahatan dan kemungkaran bermaharajalela, kebaikan semakin lama tak kelihatan.
Sedikit kongsian dari pengicau APG yang menarik hatiku ;
"pernah dua2 lengan bengkak, tak dapat angkat sentuh muka. Akhawat2 yang ambilkan wudu' dan pakaikan telekung. Allah :')"
"masa stdy, demam panas, kawan sggup tido berhimpit sekatil sbb nk jaga kita, masak kan bubur dan suapkan sekali."
"selipar hilang dekat masjid, kawan bagi pinjam selipar dia, dia jalan berstokin "
"aku mmg fail bab pam angin tayar kereta. Tak reti. Cuak. Tiba2 pakcik india datang menolong. Aku mcm aww, thanks uncle (:"
"pernah jumpa sorang aunty ni dgn anak kecil dia yg x pkai kasut. Ank dia tgh main lopak air. Ada 1 hamba Allah hulur kasut"
"di perhimpunan,mata kena tear gas.1uncle chinese dtg bg air mineral &3 muslimat berpurdah dtg bg garam utk meredakan sakit"
"Masa puasa thun ni parents roomate sy indian belikan kurma sekotak. Dia kata utk buka puasa"
"naik rapid bus, lupa takde duit seringgit, pakcik tu hampir nak halau keluar, ada org hulur singgit. Humanity restored."
So, cerita dan kisah di atas membuktikan satu perkara bahawa kemanusiaan masih wujud di luar sana. Senyum. By the way, aku nak kongsi jugak kisah #faithinhumanity aku, hee.
"waktu tu kat luar masjidil haram, ramai orang berebut-rebut nak minum air zam-zam pastu ada sorang nenek tua mintak tolong orang orang kat situ tolong ambil air zam zam tapi tak dilayan. last-last ada budak perempuan melayu bagi botol yg dah diisi dekat nenek tuuu"
Allah :')
Haaa kalian kalian yang membaca entri ni, jom ramai ramai kita mengajak orang orang kat luar sana for be good in dunya :)
Nah sedikit quotes for you alls
Strength does not come from winning. Your struggles develop your strengths
Wallahua'lam. Harap bermanfaat.
Terima kasih kerana sudi membaca *peace*