Followers

Problem | Masalah



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
*Salam Ramadhan* Haaa tiba-tiba jari-jemariku ingin menaip di pagi yang indah ini . Wooo , hebat-hebat :3 Entry kali ni tajuk aku ialah Problem which mean Masalah . Sekarang ni aku nak tanya , sapa dalam hidup dia tak ada masalah langsung ? Sila angkat tangan \o/ Aku pasti tak ada sapa pon yang angkat sebab apa ? Sebab semua orang kat dunia ni ada masalah even ikan pon ada masalah , rumput pon ada masalah , Barrack Obama pon lagi ada masalah . Aku masih ingat lagi waktu aku kecik-kecik dulu aku tertanya-tanya kenapa lar Allah bagi banyak sangat masalah dekat aku , tak ada orang lain ke nak bagi selain daripada aku . Sampai stress dibuatnya . Sehinggalah bila aku sedikit matang baru lar aku tahu kenapa Allah bagi masalah kat aku dan rupa-rupanya Allah bagi masalah kat semua orang bukan aku sajaaa . Maha Adil kan Allah ? Haaa , nak tahu sebab apa Allah bagi masalah kat kita ? Sebaaab Allah nak menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsia-Nya tersendiri . Sama ada Allah nak tambah iman kita atau nak uji sejauh mana keimanan kita . Dengan ujian itulah yang membuka mata hati kita , yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri nii . Acewahh . Jadi , seberat mana pon masalah kita , sesusah mana pon cabaran yang Allah bagi . Hendaklah kita berdoa meminta kekuatan untuk melaluinya dengan tabah . Salah satu doa meminta kekuatan seperti di bawah .

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ اْلكَافِرِيْنَ.  البقرة:٢٥٠

ROBBANAA AFRIGH ‘ALAINAA SHOBRON WATSABIIT AQDAAMANAA WANSHURNAA ‘ALAL QOUMIL KAAFIRIIN 

Ertinya : “Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.”(QS. Al-Baqarah : 250)

Semoga kita dapat mengamalkan doa ini agar kita sentiasa bersedia untuk menempuh segala cabaran yang adaa . Aminnn .
**Haaaa , alang-alang esok dah nak raya so , aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin :) Salah silap harap dimaafkan yeeee . Jom siap-siap nak balik kampung . Doakan aku dan sekeluarga selamat sampai . 

                Wallahua'lam .


Terima kasih kerana sudi membaca *peace*

1 comment:

Ini blog Kembara Dunia . The blog is protected