Followers

Allah lebih menyayangi Ummi versi cerpen

 
"Kak Bal , bangun mandi bilik air no.2"
"Hmm.."
 
Lantas aku bangun lalu mengorak langkah membawa diri ke arah loker. Pintu loker dikuak, tanganku lantas mencapai pakaian lalu ku bawakan derapan tapak kaki ini terus menuju ke bilik air.
'Malam ni telefon ilah, sambil tuu boleh tanya keadaan ummi sekali'. Monolog ku sendiri.
Beberapa minit kemudian shower ditutup, pakaian dikenakan di badan. Alhamdulillah selesai juga mandi, aku terus membawa diri dari tandas menuju ke loker untuk menyiapkan diri ke masjid untuk bertemu Sang Ilahi. Tiba-tiba telingaku terkesan dengan satu suara milik seorang insan yg sangat dikenali, bertanya.
 
"Balqis ada tak?"
"Ada" 
 
Fathenah kawanku menjawab sambil jari telunjuknya ditudingkan ke arah aku yg sedang tercegat di depan loker. Serta-merta aku mengalihkan pandangan ke arah orang itu, sangkaanku benar insan itu adalah kakakku, Nadrah.
 
"Adik jom balik umi dah tak der"
"Umi dah tak der? Ya Allah, innalillahiwainnailaihirajioun"
 
Perasaanku waktu itu hanya Allah yg tahu betapa sedihnya aku kehilangan seorang insan yg telah melahirkanku dan yang telah menjagaku dari kecil hingga sekarang. Ummi. Semoga engkau tergolong dalam golongan para solihin. Dalam kekalutan aku terus menyarung jubah dan tudung yg tersangkut kemas di pintu loker. Beg sekolah digapai. Tekanan perasaan tika itu membuatkan had pemikiranku terbatas untuk lakukan sesuatu. Suara milik seorang insan bergelar kakakku kedengaran lagi.
 
"Nak ambil buku merah dulu ke? Nak ambil kat sapa?"
"Dekat warden, jom pi dorm sana"
 
Dalam perjalanan ke bilik warden, butir-butir mutiara yang tersimpan kemas di tubir mataku tidak dapat ditahan lagi, tiba-tiba terasa mengalir perlahan membelai pipi. Sampai sahaja aku di depan bilik warden, aku terus mengetuk pintu bilik diiringi dengan lafaz salam. Pintu dibuka. Dalam keadaan aku tersedu-sedan, kak Syida selama ini selaku warden bertanya kepadaku.
 
"Kenapa ni?"
"Ummi dah meninggal"
 
Aku menjawab dalam keadaan menangis. Rasa tidak sanggup untuk aku nyatakan kenyataan itu. Melihat keadaanku yang lemah tika itu kak Syida terus memelukku sambil memberi kata-kata semangat. Tidak sampai satu minit pelukan kami terlerai kerana aku perlu bergegas pulang ke rumah . Disebabkan itu, kak Syida menyuruh aku untuk pulang ke rumah tanpa buku merah.
 
Alunan bacaan Yasin yang bertemankan tangisan terungkap kemas dibibirku untuk ummi yang tersayang. Biarpun tangisanku disedari oleh kakak dan abangku, aku tetap membaca surah Yasin dengan menggunakan telefon pintar berjenama Samsung Mega yang dahulunya milik ummi. Jam menunjukkan pukul 6:30 a.m. Alhamdulillah, aku sampai di rumah . Segera aku masuk ke rumah untuk melaksanakan solat Subuh yang tadinya belum sempat aku laksanakan. Dalam solatku, aku berdoa pada Sang Ilahi agar aku dan keluargaku redha dengan qada' dan qadar yang telah ditentukan serta semoga ummi ditempatkan bersama orang yang beriman. Amin. Seusai solat, aku menolong abang serta kakakku mengemas rumah. Sofa yang berada di dalam rumah dibawa keluar untuk melapangkan ruang tamu agar dapat menempatkan jenazah ummiku di situ. Dalam pukul 7:00 a.m, van jenazah yang membawa ummi dari Hospital Sultanah Bahiyah sampai di depan perkarangan rumah. Jenazah ummi dibawa turun dan diletakkan di atas katil yang disediakan diruang tamu. Melihat sekujur tubuh yang kaku itu membuatkan air hangat ditubir mataku jatuh mengalir tak semena-mena. Aku pasti ada hikmah disebalik semua ini yang kita tidak dapat jelaskan kerana hanya Allah sahaja yang mengetahui. Ummi Tim iaitu ibu susuan kakakku, Ummu Syafrawa datang awal pagi membantu menguruskan jenazah ummi ditemani oleh makcik-makcik yang lain. Sejak pukul 8:30 a.m, perkarangan rumah sudah mula dipenuhi dengan kenalan-kenalan ummi yang datang  untuk menziarahinya. Masyaallah, untungnya ummi kerana begitu ramai orang bersedih hati atas pemergianmu, ummi. Di dunia, ummi banyak membantu orang, bersabar dengan karenah anak-anak yang semakin membesar dan berniat membuka kedai kek untuk membantu umat Islam. Allah. Allah. Allah. Semoga Allah menerima amalanmu, ummi. Memang benarlah kata orang tua-tua kita 'Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat'. Allah juga berfirman dalam surah Al-zalzalah ayat 7-8 yang bermaksud,
 
 "Maka barangsiapa yang beramal (dengan amal yang baik) walaupun sebesar zarrah (atom) akan dibalas kebaikan baginya dan barangsiapa yang beramal (dengan amal yang jahat) walaupun sebesar zarrah (atom) akan dibalas dengan kejahatan (dosa)."
 
Makcik jiran yang datang sedikit sebanyak membantu menguruskan jenazah ummi. Jam yang tak henti-henti berpusing menetapkan masanya menunjukkan pukul 10:30 a.m. Seperti yang warden aku katakan di telefon sewaktu jam 9:00 a.m, kawan-kawan tahfiz, Atifah, Wafa, naqibahku, pengetua, warden serta guruku datang untuk menziarahi arwah ummi. Disaat aku menyalami mereka, kata-kata semangat dihamburkan supaya aku kuat, tabah dan redha dalam menghadapi kesedihan ini. Kedatangan mereka serta kata-kata semangat yang diberikan sedikit sebanyak menguatkan aku. Terasa bertuah diri ini kerana dapat mengenali mereka. Alhamdulillah. Kedatangan mereka tidak lama, sebaik sahaja bacaan Yasin yang dibacakan tamat, mereka beransur pulang dek kerana masih ada hal penting yang perlu dilakukan disekolah. Namun tak semua yang pulang Fathenah, Atifah, Wafa dan Munirah mengambil keputusan untuk menemaniku sehingga arwah ummi dikebumikan. Kain kafan yang diletakkan di atas lantai sudah bersedia untuk membaluti tubuh ummi yang sudah dimandikan pada pukul 11:00 a.m. Bunga yang harum ditaburkan di sebelah kiri kanan ummi. Alhamdulillah, adik-beradik serta saudara-mara ummi yang datang dari Negeri Sembilan sempat sampai dengan selamatnya sebelum kain kafan itu membaluti seluruh badan ummi. Aku serta yang lain mencium dahi ummi untuk kesekian kalinya. Pilunya hati kian terasa. Mata-mata yang melihat semuanya dibasahi pipi dengan manik-manik jernih. Kelihatan raut wajah ayahku tetap tenang menghadapi ujian ini walaupun pada hakikatnya topeng kesedihan yang menyelebungi diri. Jenazah dibawa ke Masjid Umar al-Khattab untuk disembahyangkan selepas solat Zohor. Ramai orang yang solat jenazah untuk ummi. Mungkin ini balasan kebaikan yang dilakukan oleh ummi semasa hidupnya di dunia. Hebatnya kuasa Allah, Subhanallah. Setelah itu, jenazah ummi dibawa ke tanah perkuburan Syed Alwi untuk dikebumikan. Keadaan tika itu sungguh menenangkan ditemani angin sepoi-sepoi bahasa seperti bumi ini juga bersedih hati akan pemergian ummi. Talkin yang dibaca jika diamati akan tersentap jiwa-jiwa yang mendengarnya. 
 
Sedarlah sesungguhnya hidup kita di dunia ini hanya sementara. Banyakkanlah melakukan ibadat selagi nyawa dikandung badan. Semoga kita sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. Bagi yang masih mempunyai ibu ingatlah, berbaktilah sebanyak mungkin selagi ibu kalian masih ada. Hargailah pengorbanan seorang ibu yang sanggup bertarung nyawa melahirkan kita di bumi ini.

 



































Ummi <3 meninggal pada 22 September 2013
























































































































































































Terima kasih kerana sudi membaca *peace*

5 comments:

  1. sedih pulak baca entry ni ... cant imagine my life without my mum..
    Moga tabah hadapi ujian besar ni yer..

    ReplyDelete
  2. Takziah.. its sad but theres always a reason this happens. Stay strong. but it is kinda awkward coz my birthday is on September 22.. (^_^)

    ReplyDelete
  3. Takziah....adik kena kuat ye....semoga arwah ummi tenang di sana :)

    ReplyDelete
  4. Takziah akq ucpkan deq. be strong! Life is a show . And the show must go on! Ok? btw, done follow you. mind follow back? Kalau nak akq ajrkan apa apa dlm dunia blogging ni, tny akq dkt sini ---> http://ask.fm/Syierah . InsyaAllah, akq akn bantu adq :) Keep on blogging, yaa. Your blog is ohsem and cute !

    ReplyDelete
  5. Tabah ye dear...Janji Allah Itu Pasti..

    ReplyDelete

Ini blog Kembara Dunia . The blog is protected