Followers

Bidadari Syurga




"Sombong bukan sebab perasan cantik dan jual mahal, tapi sombong sebab jaga adab dan maruah. Itulah wanita solehah."

"Jadilah wanita bermaruah, bukannya murah."

"Seindah-indah hiasan di dunia ini ialah wanita solehah."

"Wanita yang dihormati itu lebih baik daripada wanita yang digilai ramai."

"Siapa kata yang tertutup itu hodoh? Permata dan berlian yang makin cantik, makin ditutup. Smartphone yang makin canggih, makin dijaga dengan protective screen dan casing segala bagai. Takkan wanita yang diangkat martabatnya dalam Islam dibiarkan terdedah?"

"My aurah, my dignity, my pride."

"I will never compromise my Jannah for something that can lead me to Jahannam."

"When people are free to be naked, why the others are not free to covered?"

"It's not how you dress that determine your haya'. But your heart. Take care of it more than your clothes."

"Why do I always wear black? Because I like it, I don't have to spend much time of matching colours, I don't want to attract people's attention with striking colours and so on..I just couldn't list down all of them..you know.."

"Saya pakai baju tebal-tebal bukan kerana cuaca sejuk. Tak. Kalaulah saya pakai sebab cuaca sejuk, sudah pasti saya akan pakai yang jarang dan nipis pada musim panas. It's not like that, my dear sisters. I wear it because I want to follow what Islam has thought me to do in order to please Allah."

"Mak ayah awak ustaz dan ustazah ke? Keluarga awak memang semua pakai macam ni ke?"
"((Senyum))Sesungguhnya iman itu tak dapat diwarisi. Sekalipun awak daripada keluarga yang baik-baik, kalau awak tak nak jadi baik, awak takkan jadi baik. Dan kalaupun awak bukan daripada keluarga baik-baik, tapi awak nak berubah ke arah kebaikan, awak pasti akan berusaha untuk jadi baik. Sekiranya keluarga saya bukannya daripada golongan agama, tak semestinya saya tak boleh amalkan agama kan? Dan jika keluarga saya bukanlah orang-orang yang alim, siapa tahu mungkin suatu hari nanti mereka boleh berubah menjadi baik. Jangan salahkan keluarga kalau mereka tak amalkan Islam. Salahkan diri kita sendiri yang faham Islam tapi tak sampaikan kepada mereka dengan cara baik."

"Jangan la terlalu extreme. Bersederhana sudah."
"Terlalu extreme? Bilakah saya extreme? Adakah saya telah melakukan mogok besar-besaran sehingga menimbulkan kemusnahan? Awak, saya harap awak betul-betul faham apakah yang dimaksudkan dengan extreme. Sebab kalau begitulah apa yang awak maksudkan, maka yang berpakaian pakaian akhir zaman itulah yang extreme. Kenapa? Kerana mereka bukan sahaja telah meruntuhkan harta benda, tapi mereka menghancurkan hati syabab yang bakal memimpin negara. Jika hancur syabab hari ini maka musnahlah negara kita kelak."

"Antara fatwa dan taqwa, bukankah lebih baik memilih taqwa? Kata nak Allah pandang, kata nak jadi special pandangan Allah, tapi kenapa nak berkorban sikit pun tak boleh? Apa? Orang mengata? Ohhh..orang kata kita kesah pulak..mana yang lagi penting sebenarnya? Pandangan Allah atau pandangan manusia?"

"Jangan pandang mereka yang berpakaian tak elok seolah-olah kita ini dah dijamin jadi ahli syurga dan mereka ialah ahli neraka. Sebab once Allah twist hati kita, kita pun boleh bertukar tempat dengan mereka. AllahuAkbar..sama2lah kita berubah ke arah kebaikan..nak jadi baik, jangan jadi baik sorang2.."

"Classy is when you have everything to flaunt, but choose to not show it."

Khas untukmu srikandi dunia, calon bidadari syurga

Terima kasih kerana sudi membaca *peace*

4 comments:

  1. Alhamdulillah..sdg brusaha utk berubah ke arah yg lbh baik..inshaAllah

    ReplyDelete
  2. Papaglamz singgah dan follow blog ni. Jom terjah papaglamz.

    Warkah cinta buat isteri berlagu harapan.....

    http://www.papaglamz.com/2014/12/tinta-papaglamz-warkah-cinta-buat.html?m=1

    ReplyDelete
  3. "I'm not forced to wear hijabs - to cover and protect myself"

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  4. http://jmbelog.blogspot.my/2015/11/pemenang-siapa-nak.html

    ReplyDelete

Ini blog Kembara Dunia . The blog is protected