Followers

اللهم بلغنا رمضان

Bismillahirrahmanirrahim

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

semoga sihat-sihat saja orang yang membaca blog ini :)

eh, ramadhan dah dekat kan? em dekat sangat-sangat. lima hari ja lagi. dah prepare ke kalian kalian semua? puasa ganti habis ganti ke belum? kalau yang belum tuu cepat cepat laa habiskan. kalau tak kena bayar fidyah. 

sememangnya ramadhan ni memang senang untuk dapat pahala, siap dapat bonus lagi iaitu malam lailatul qadr, antara kita nak atau taknak jaa pahala yang banyak tu. haaa, masa ni laa kalian kalian boleh memulakan penghijrahan dari yang tak solat kepada solat setiap waktu, yang selalu ponteng puasa kepada puasa penuh, yang malas baca quran kepada yang rajin baca quran dan yang freehair kepada berhijab. yang paling penting kalian semua mesti laaa istiqamah agar apa yang kita buat waktu bulan ramadhan diberkati dan dirahmati. kalau buat waktu ramadhan saja buat apa, tak best ahh, 

so, apa kata kalian kalian ni buat #ramadhangoals untuk diri kalian sendiri supaya kalian boleh check list dan sentiasa ingat untuk buat :) contoh #ramadhangoals saya,

*puasa penuh
*solat 5 waktu serta awal waktu
*khatam 30 juzuk tilawah al-quran
*memperbanyakkan solat sunat
*elakkan dari maksiat hati, mata, mulut dan telinga
*banyakkan sedeqah

insyaallah, kalau ada usaha untuk buat, mesti boleh punyaaa. nak masuk syurga kena laa rajin dan usaha sikit. ingat senang ke nak masuk syurga free free gituuu haa? 
Allah tengok usaha kita, kalau kita buat dengan ikhlas dan terus istiqamah. komfem Allah bukak pintu syurga seluas-luasnyaa.

{ اللهم بلغنا رمضان }

" ya Allah, sampaikanlah kami kepada bulan ramadhan "

akhir kalam,
semoga orang yang membaca entri ini dilindungi oleh rahmat-Nya insyaallah :)

selamat berpuasa maaf zahir dan batin kalian :)
cas bagi penuh dengan amalan yang taqwa di bulan ramadhan oke ;)

Terima kasih kerana sudi membaca *peace*

No comments:

Post a Comment

Ini blog Kembara Dunia . The blog is protected