Followers

Alam Universiti

*smile* :)

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

sudah lama jari-jemari ini tidak menaip di laman kembara dunia, sungguh aku rindu untuk berkarya namun dek kerana ketandusan idea plus dicemburui masa, hasrat itu dibiarkan saja. alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku berkongsi rasa dan moga-moga apa yg dikongsikan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kalian semua "yg baik dijadikan tauladan, yg buruk dijadikan sempadan"

first aku ingin berkongsi sedikit kisah suka dan duka dalam kancah kehidupan sebagai seorang siswa/siswi di alam universiti. kalau dulu, senior senior, muallim muallimah and family semua cakap nanti dah keluar dari sekolah menengah dan nak masuk alam universiti, jangan lalai, kena pandai cari kawan, solat jangan tinggal, quran jangan lupa baca, mathurat kena selalu baca and banyak lagi nasihat dan pesanan yg diberi. tertanya tanya jugak aku dulu, bebas sangat kah di universiti?
bila kaki sudah mula melangkah ke alam universiti, baru aku sedar dan akui bahawa setiap mutiara nasihat dan pesanan yg mereka tuturkan itu sangat berguna. di universiti, tiada siapa yg akan tegur akan kesalahan kau melainkan kau dikelilingi oleh orang-orang yg baik, yg saling menasihati antara satu sama lain dan yg seangkatan dengannya.

sebab itu, konsep dalam pemilihan kawan-kawan dan suasana yg dapat mengingatkan kau pada allah sangat penting untuk mendidik diri kau menjadi lebih baik. so, kau kena tabahkan diri dan cekalkan hati untuk ingatkan kawan-kawan yg lain tentang solat. sungguh, allah maha adil, percayalah allah akan beri kau kawan yg akan saling mengingatkan jika kau sentiasa ingat allah. allah akan beri juga cuma samada cepat atau lambat sahaja. tapi, jika kau tidak mampu untuk menegur seroommate kau, cukuplah kau menunjukkan mereka sikap yg baik dan bencilah kpd perangai mereka, jangan pula kau benci orang itu. perlahan-lahan lah mendekati dan menasihati walau mengambil masa yg lama. yg pasti kau perlu berusaha. "wala tahinu wala tahzanu", janganlah engkau merungut dan bersedih. doa itu kan senjata mukmin, jadi berdoalah kepada kawan seroommate, sekelas, dan banyak lagi agar mereka sentiasa diberikan taufiq dan hidayah. jangan lupa untuk doa agar diberi taufiq dan hidayah untuk diri sendiri kerana iman kita kadang kadang "yazid wa yanqus", bertambah dan berkurang.
tak salah untuk berkawan dengan kawan yg hidupnya bebas andai kau pandai jaga diri dan bijak bergaul, kerana kalau bukan kita yg membimbing mereka siapa lagi bukan?
 
nak dijadikan cerita, aku juga punya seorang daripada tiga roommate yg aku kurang bergaul, bukan aku taknak bergaul tapi kerna melihat si dia sering keluar dengan kawan kawannya membuatkan aku dan rakan-rakan seroommate aku yg lain kurang mengenali dirinya dengan lebih mendalam. tambahan pula, si dia tidur di bilik kawannya dan hanya akan pulang jika perlu seperti mengambil barang dan kemudiannya keluar semula. terkadang, soalan seperti "nak ke mana?" saja yg menjadi topik perbualan diantara kami. itu pun sekali dua saja aku bertanya, lepas tu, tiada lagi soalan dan percakapan antara aku dan dia. pernah sekali aku terbangun pukul 4 pagi, melihat dia sedang bersiap siap entah mahu kemana tapi aku cuma tidur semula kerana aku mengantuk dan merasakan dia tidak penting untuk aku ambil tahu.

aku cuma berdoa dan berharap agar dia dan kawan kawannya berbuat perkara yg baik baik sahaja dan sentiasa dilindungi allah. sampai sekarang, kami kurang bercakap dan bersembang. mungkin suatu hari nanti segala galanya akan berubah, tolong doakan sahaja ya, kerana allah itu maha mendengar. dan aku juga perlu perbaiki diri dan sikap agar menjadi lebih baik. hari berganti silih dan mana tahu pada perkongsian yg akan datang tercoretlah kisah terbaru yg mana roommateku itu sudah pun berubah. hehe.

jadi, terima kasih kalian kalian yg sudi membaca di blog aku ini. moga kalian dilimpahi rahmah dan karunia dari allah *senyum*

moga tak terlambat untuk ucap selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kepada kalian :) #rayakansebulan

rumah paktam ada perigi,
moga kita ketemu lagi. :)

Terima kasih kerana sudi membaca *peace*

No comments:

Post a Comment

Ini blog Kembara Dunia . The blog is protected