Followers

Alam Universiti 2

Bismillahirrahmanirrahim
sambungan dari alam universiti, alhamdulillah aku masih lagi meneruskan pengajianku di uitm merbok kedah. sebelum ni aku ada menceritakan tentang roommate aku, yang mana sekarang dia tak duduk dengan aku dah sebab dia perlu dipindahkan ke bilik aras 4 kerana geng suksis semua kena duduk atas. sekarang ni tak pernah jumpa sangat even satu kolej sebab mungkin dia pun busy kann, moga yang baik baik saja untuk dia insyaallah.
so, kali ni sebenarnya aku nak cerita lagi tentang roommate aku , sem ni aku ditakdirkan untuk duduk dua orang ja dengan roommateku which is dia ni as roommate, classsmate, kokomate, assignmentmate and macam macam lah selalu dengan dia. nak dipendekkan cerita, dia ni memang pandai tapi bab nak paham perasaan orang ni memang kurang sikit. sungguh memenatkan bila duduk dengan roommate yg tak memahami ni. kalau kita tak suka something, dia bukan tahu pun, so sebab tu aku lebih suka menjauhkan diri pergi duduk bilik study dari duduk kat bilik aku sendiri. 
bila dah lama sangat and aku penat nak ulang alik ke bilik study, aku pun post laa story dekat facebook yg menunjukkan bahawa aku marah dengan dia dan aku memang buat statement yang memang kalau dia baca pun dia akan marah. lepas aku post tu, ambik masa lama jugak la dia nak baca, dalam 22 hours aku post baru dia baca and waktu tu aku ada kelas arab so aku tak balik lagi, aku pun duduk dekat PI (pusat islam) then aku pun belek belek facebook aku, pastu aku tengok yg dia dah tengok story yg aku buat kat facebook. dalam hati rasa macam seronok bila dia baca tapi at the same time, hati ni rasa jugak la bersalah. 
bila aku balik saja dari kelas kedua waktu petang tu, memang nampak dah perubahan dia. dia buat tak layan aku and takmau duduk sebelah aku, aku pun kesah apaaaaa, aku pun tkmau laa duduk sebelah hang dari mula lagi. kalau nak ikutkan sakit hati, dia penah buat story kat facebook dulu, aku ada screenshot laa. lepas tu, senang senang ja cakap buat tak reti dengan aku, macam tak bersalah. pastu cakap kata aku stress pasal study ka, pala hotak hang, aku stress sebab hang laa woi. sabor balqis sabor.
now, rasa laa mcam mana aku rasa dulu, betullah kata kata yang " hidup ni umpama roda" kadang kita di bawah dan kadang kita di atas. so jangan sesekali menganiayai orang okay.


*actually, ni draft post yg sem 2 punya, tak sempat nak post, saja nak post jugak even dah lama hehe*

Terima kasih kerana sudi membaca *peace*

No comments:

Post a Comment

Ini blog Kembara Dunia . The blog is protected